BANGKOK: Rampasan methamphetamine di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara mencecah angka tertinggi dengan satu bilion pil pada tahun lepas, menurut laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Dalam laporan bertema "Ubat Sintetik di Asia Timur dan Tenggara: Perkembangan dan Cabaran Terkini 2022", UNODC memaklumkan pengedaran dadah sintetik terus berkembang di Asia Timur dan Tenggara, dengan pengeluaran dan dagangan mencapai rekod tertinggi tahun lepas.
Jumlah methamphetamine - hampir mencecah 172 tan berjaya dirampas di Asia Timur dan Tenggara pada 2021, kira-kira tujuh kali ganda berbanding sedekad lalu.
Bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan membabitkan methamphetamine kristal, dengan rampasan sebanyak 79 tan berbanding 82 tan pada 2020 di Asia Timur dan Asia Tenggara tahun lepas, menurut laporan itu.
Wakil Serantau UNODC untuk Asia Tenggara dan Pasifik Jeremy Douglas berkata sindiket jenayah terancang dan kumpulan bersenjata telah mengeksploitasi wabak dan ketidakstabilan politik di Segitiga Emas dan kawasan sempadan Myanmar bagi meningkatkan pengeluaran pada tahun lalu.
Beliau berkata walaupun hanya sedikit makmal dadah ditemui di luar Segitiga Emas, bekalan dadah terus meningkat.
"Skala dan jangkauan pengedaran dadah methamphetamine dan dadah sintetik di Asia Timur dan Tenggara adalah mengejutkan, dan akan terus berkembang jika rantau itu tidak menangani punca utama masalah ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah Laos telah menjadi pusat transit utama untuk edaran ke Thailand dan bahagian lain di Mekong dan Asia Pasifik, dan Malaysia turut dijadikan transit secara meluas untuk pasaran Indonesia, Filipina, Jepun, Australia dan New Zealand.
Penganalisis Dadah Sintetik Serantau UNODC untuk Program SMART Global Kavinvadee Suppapongtevasakul berkata penurunan harga kristal methamphetamine amat membimbangkan kerana ia kini lebih mudah diakses dan tersedia kepada mereka yang tidak mampu membelinya sebelum ini.
"Kesan sosial daripada peningkatan penyalahgunaan dadah adalah ketara, dan perkhidmatan kesihatan serta agensi pemulihan dadah yang kekal terhad di seluruh rantau ini.
"Ia berkemungkinan akibat penyalahgunaan dadah telah dipandang remeh selama bertahun-tahun dan kebanyakan negara di rantau ini tidak memantau atau mengkaji permintaan dadah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Walaupun hanya sedikit makmal dadah ditemui di luar Segitiga Emas, bekalan dadah terus meningkat. Dadah yang dirampas pihak berkuasa Thailand dan Myanmar bernilai lebih AS$2 bilion. - Foto fail/REUTERS
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Remaja diculik, dipukul sekumpulan lelaki
Mangsa berusia 17 tahun mengalami pendarahan di telinga kiri serta lebam di beberapa anggota badan termasuk pipi, leher, bahu dan bahagian belakang.
Ibu mengaku beri bayi 16 bulan minum susu campur dadah
Sepasang suami isteri didakwa menganiaya anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah.
Pemandu lori miliki 16 rekod jenayah ditahan curi kabel TM
Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan sebanyak empat batang pelbagai saiz sepanjang 150 meter, dengan anggaran kerugian sebanyak RM6,000.
Australia: Rakyat Malaysia antara 4 ditahan dalam serbuan, 600 kg meth dirampas
Polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.
Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.
Dua lelaki dicekup bersama dadah
Hasil semakan mendapati seorang suspek mempunyai 10 rekod lampau manakala seorang lagi empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.
Polis Australia rampas 300 kg meth disorok dalam mesin keluli
Polis Australia merampas lebih 300 kg methamphetamine yang disembunyikan dalam jentera keluli yang tiba di Sydney dari Mexico, kata pihak berkuasa Australia pada Khamis.
Lelaki pukul pemandu lori ditahan
Video kejadian berdurasi 28 saat itu tular di media sosial memaparkan suspek bertindak memukul pemandu lori berkenaan dengan topi keledar di plaza tol berkenaan.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM400,000
Kesemua yang berusia antara 40 hingga 61 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.